Salam untuk semua. Sudah lama juga aku menyepi dari dunia blogger. Aku sebenarnya sedang ditimpa ujian dunia dan akhirat. Mencari dan melihat diri sendiri. Ke mana dan di mana hala tuju aku sebagai seorang hamba Illahi. Semua orang boleh mengandaikan bahawa diri kita orang yang sabar dan tabah, orang yang hebat dan gigih dan orang yang boleh berdiri sendiri dan berlari mengejar keduniaan ini yang hakikatnya adalah pentas ujian.
Aku merasa kekosongan dan seperti menipu diri sendiri kerana cuba juga berlari dan mencari keduniaan seperti orang lain. Aku hampa kerana aku masih merasakan kekosongan dalam jiwa. Untuk apa aku hidup sekiranya aku akan dimatikan juga suatu masa nanti. Aku berlagak bagai manusia yang tidak bertuan...sedangkan aku tahu aku punya tuhan. Aku mencari di mana tuhan...sedangkan tuhan sentiasa bersama ku. Aku meraba mencari kebesaran tuhan...sedangkan kebesaran itu sudah ada di depan ku. Aneh ya! Dalam usia begini perasaan ku semakin dingin dengan keduniaan. Aku seolah-olah sudah bosan dgn manusia dan keduniaan dan kalau boleh aku mahu lari ke dalam hutan, mengasingkan diri dan hanya ingin menyendiri, bersunyi-sunyi bersama unggas dan flora. Aku kepingin menyendiri memencil diri namun..aku sedar aku masih punya tanggungjawab kepada keluarga.
Aku sebenarnya sudah pun menemui apa yang aku cari....kasih sayang Allah swt. Sudah dua kali aku dipertemukan dengan kebesaran dan kasih sayangNya. Aku fikir pertemuan itu tidak disengajakan pada pertama kali nya. Namun pertemuan kali kedua ini...amat meyakinkan aku bahawasanya aku dikasihiNya.
Aku ingin mempelawa kepada rakan2 yang pernah menemui Al Qadar...ceritakan kepada ku pengalaman menemui Al Qadar. Apakah kemanisan yang telah anda perolehi..apakah sebenarnya Al Qadar itu.....
Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar
4 weeks ago