Friday, March 12, 2010

Selamat Berbicara

Sudah lama aku membisu. Menyepi diri membekukan jari jemari dan hati untuk merungkai kekusutan atma. Wahai teman2 di luar sana. Aku sebenarnya sudah tewas dengan ujian Allah. Aku sedar aku lemah dan tidak punya kekuatan walau pun untuk mengatur hidup ku sendiri. Walau sebijak mana pun akal, takkan dapat menyaingi Yang Maha Esa. Rancanglah...binalah strategi hidup sendiri. Namun percayalah Yang Maha Esa Lebih Mengetahui. Semuanya dengan limpah rahmat dan keberkatannya setiap kesusahan itu adalah petanda rahmat daripadaNya.
Aku malu dan aku redha dan pasrah dengan takdir hidupku. Sudah lama aku sedar bahawasanya aku sebenarnya tidak punya apa-apa hatta diri ku sendiri. Semuanya milik Allah swt. Ya Allah Ya Rabbi...ampunkan aku. Limpahkan rahmat Mu kepada ku. Sesungguhnya aku hanya mengharapkan Rahmat dariMu Ya Allah.

Sunday, August 9, 2009

Bukti Sejarah Kaum Aad


Assalamualaikum wbh. sebenarnya foto di atas saya muat turun dari blog saudara Tariq Qabriel seorang penulis muda dari KarnaDya. Saya amat tertarik dengan foto ini dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain.
Rangka manusia besar atau manusia gergasi ini telah ditemui di wilayah gurun pasir di Arab Saudi oleh team eksplorasi ARAMCO. Di dalam Al Quran ada menyatakan tentang Allah menciptakan manusia dengan ukuran luar biasa iaitu kaum Aad sewaktu zaman Nabi Hud. Cuba anda bandingkan saiz dua orang pengkaji yang terdapat dalam foto itu dengan rangka besar itu. Mereka sangat tinggi, besar dan kuat. Mereka boleh menumbangkan pokok besar dengan hanya menggunakan tangan. Namun malang sekali kaum Aad ini telah engkar dengan perintah Allah swt dan kaum ini telah dimusnahkan. Wallahhualam.
Inilah bukti kebesaran Allah swt dan semoga memberi pengajaran kepada kita.